_SeUnTai KaTa_

Selasa, 30 April 2013

ABDULLAH MUNSYI




Bibliografi

Nama sebenar :Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
Gelaran            : munsyi Abdullah yang bermaksud ‘seorang guru’.
Tarikh lahir      : Ahad, 7 Safar 1211 iaitu setelah lapan bulan Inggeris yang diketuai oleh Mejar Cook dan juruteranya yang bernama Tuan Farquhar mengambil Melaka dari tangan Belanda.

Tarikh hijrah 1211 itu bersamaan dengan Masihi 1796. Tarikh Inggeris sampai di perlabuhan Melaka ialah pada 18 Ogos 1795. Tarikh Melaka bertukar tangan secara rasmi kepada Inggeris ialah tiga hari kemudian, iaitu pada 21 Ogos 1795. Jikalau Abdullah telah dilahirkan “ lapan bulan” kemudian, maka bermakna beliau lahir pada bulan April 1796.
                                                            (Kenang- Kenangan Abdullah Munsyi : 195 : Bab 16 )

Tempat lahir  : Kampung Pali
Adik beradik : Bempat orang saudara lelaki dan beliau merupakan anak bongsu, namun semua saudaranya  telah meninggal dunia ketika masih kecil lagi.
Keturunan      : Arab yang berasal dari Yaman, suku Othmani dan bernama Syeikh Abdul Kadir.
Kemahiran     : pandai menulis, membaca dan membuat kira- kira di dalam bahasa Tamil, bahasa Arab dan bidang- bidang agama.
Pekerjaan      : Syahbandar Belanda


Peranan

Beliau pernah menceritakan kisah pemerintahan Raja Farquhar yang memerintah Melaka pada ketika itu. Setelah bertukar pemerintahan, Abdullah menceritakan tentang Tuan Raffles. Beliau berpendapat bahawa Tuan Raffles bersikap lebih baik berbanding Tuan Farquhar. Hal ini demikian kerana, ketika orang Inggeris menyerang Tanah Jawa, Tuan Raffles datang dan menetap di Melaka dan telah mengambil dua orang lelaki Melayu iaitu bapa saudara Abdullah Munsyi yang bernama Ismail Lebai dan Muhammad Latif bekerja sebagai keraninya.

Pada mulanya beliau bekerja dengan menolong bapanya menyalin dokumen-dokumen penting yang terdapat di Melaka pada zaman dahulu. Selepas itu dia juga telah dilantik untuk mengajar bahasa Melayu kepada askar-askar Supir dan juga askar-askar British di Melaka. Beliau juga bekerja sebagai seorang pentafsir dan jurutulis kepada Sir Stamford Raffles. Kecekapan beliau bertutur dan repitasi sebagai seorang guru telah melayakkan beliau untuk mendapat gelaajran nama ‘Munsyi’ yang telah diberikan oleh raffles. Masud di sebalik nama ‘Munsyi’ itu ialah guru bahasa. Beliau mendapat gelaran tersebut keraan beliau berjaya menguasai banyak bahasa.

Hasil karya beliau yang amat dikenali dengan penulisan riwayat hidupnya yang bertajuk ‘Hikayat Abdullah’ . Hikayat ini telah ditulis dalam lingkungan tahun 1840 sehingga 1843 dan telah diterbitkan pada tahun 1849. Lagi satu karya beliau yang amat terkenal iaitu buku yang diterbitkan bernaam “Kisah Pelayaran Abdullah’. Buku ini mengisahkan tentang pelayaran dari Singapura ke negeri Kelantan pada tahun 1838.

Karya-karya
Karya-karya lain yang telah dihasilkan oleh Abdullah Munsyi ialah seperti berikut:
v  Kisah Pelayaran Abdullah
v  Hikayat Abdullah
v  Syair Singapura Terbakar (1830)
v  Da’ wail Kulub (1838)
v  Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah (1854)
v  Syair Kampung Gelam Terbakar (1847)
v Kisah pelayaran Abdullah dari Singapura ke kelantan  (1838)





Antara karya yang paling popular ialah Hikayat Abdullah. Hikayat Abdullah telah ditulis oleh Munsyi Abdullah ketika beliau berada di Singapura iaitu di antara tahun 1840 dan 1843, iaitu selepas beliau berpindah untuk tinggal menetap di daerah Kampung Melaka, Singapura. Buku itu telah diterbitkan buat pertama kali dalam tulisan Jawi pada tahun 1849.



                                   hasil karya Abdullah Munsyi iaitu Syair Singapura Terbakar
Bahagian pertama dalam Hikayat Abdullah adalah berkaitan dengan kisah dan peristiwa yang telah berlaku di Melaka khususnya di Bandar Melaka kerana Abdullah telah dilahirkan, bersekolah dan mula bekerja di Bandar Melaka. Hikayat Abdullah banyak mempamerkan episod atau kisah serta gaya hidup masyarakat berbilang kaum yang tinggal di Bandar Melaka yang sezaman dengan Abdullah Munsyi.
Perhubungan antara kaum di dalam bandar dan interaksi mereka ketika pemerintahan Inggeris merupakan kisah benar yang berlaku pada zaman Munsyi Abdullah. Walaubagaimanapun, rata- rata karya beliau tidak diletakkan tarikh yang tepat tentang kejadian- kejadian yang berlaku pada ketika itu. Karya Abdullah Munsyi seperti mana yang kita ketahui bahawa ia lebih menitikberatkan tentang sosial masyarakat Melayu pada zaman Melaka. Abdullah Munsyi menyebut tentang kewujudan empat bangsa utama di bandar melaka iaitu melayi, Cina, India dan Portugis. Keempat-empat bangsa ini hidup aman damai di bawah pemerntahan Inggeris dengan sistem Kapitan bagi setiap kaum itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan