_SeUnTai KaTa_

Khamis, 18 April 2013

DEFINISI MELAYU DAN ETIMOLOGI MELAYU





Pengenalan

Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, Melayu (ملايو) merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu (بهاس ملايو) dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana terletaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya.

Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.

Etimologi Melayu

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.

Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah"maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipabermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipaialah Pulau Sumatera.

Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, di Indonesia moden, orang Melayu ditakrifkan hanya sebagai salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia yang dilahirkan selepas kewujudan negara Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu, Iaitu:

Penakrifan undang-undang dan penakrifan antropologi

Penakrifan undang-undang

Di Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

    v  Seorang yang beragama Islam
    v  Bertutur bahasa Melayu
    v  Mengamalkan adat istiadat Melayu
   v  Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di    Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu. Penakfifan ini tidak sesuai untuk takrifan kaum Cina yang berbeza pertuturannya sebaliknya berkongsi tulisan dan adab resam yang sama dikalangan suku kaum-suku kaum yang berlainan.

Definisi awal istilah perkataan “Melayu”.

Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa.
  Ø  Menurut M.Ptolemy istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis   digunakan.

  Ø  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan  Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

  Ø  Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata nama ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.

  Ø  Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K'un-lun. bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.

  Ø  Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M, catatan perkataan "Malaya" atau "Melayu" pada bahagian belakangnya.
   
  Ø  Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sungai yang deras alirannya iaitu Sungai Melayu.




Definisi "Melayu" dari segi etimologi

Berasal daripada perkataan Malaya iaitu kependekan "hima alaya". "Alaya" bermaksud tempat manakala "hima alaya" bermaksud tempat bersalji.

Perkataan Malayapura yang bermaksud "kota Melayu" atau "kerajaan Melayu”.

Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, melayu yang bermaksud "mengembara" atau "pergi ke mana-mana".

Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
Van der Tuuk, perkataan Melayu bererti "menyeberang" merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.


Nama Melayu telah wujud selewat-lewatnya sejak abad ke-7. Nama tersebut disebutkan dalam Catatan I-Tsing yang melawat rantau ini pada 674 Masihi. Nama tersebut juga disebutkan dalam sumber-sumber tulisan watan seperti oleh Nagaratargama (1365). Kesemua sumber ini menyatakan ‘Melayu’ ialah nama sebuah tempat di Palembang. Tempat tersebut adalah sebagaimana disebutkan dalam Sejarah Melayu seperti dinyatakan di atas.

 Oleh sebab I-Tsing telah menyebutnya sejak abad ke-7, maka nama ‘Melayu’ telah wujud lebih daripada 800 tahun sebelum munculnya Kesultanan Melayu Melaka (pada abad ke-15). Dalam tempoh lapan ratus tahun itu tentulah telah berlaku berbagai-bagai peristiwa. Para pengkaji sejarah masih tidak dapat menjelaskan apakah hubungan antara ‘nama’ Melayu itu dengan ‘orang Melayu’. Ahli-ahli sejarah merujuk catatanSejarah Melayu untuk menjelaskan hubungan tersebut. Tetapi seperti telah dinyatakan, berdasarkan sejarah Melayu, walaupun pengasas Kesultanan Melayu Melaka menyatakan mereka datang dari Palembang (Bukit Seguntang) namun sumber tersebut juga menyatakan keturunan golongan berkenaan adalah dari India. Ini merupakan bukti awal yang menunjukkan asal usul ‘nama’ Melayu adalah berbeza daripada asal usul ‘orang’ Melayu.

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.


Hipotesis Asal Usul bahasa Melayu

1.          1.         Kawasan Asia Tengah

…orang Melayu berasal dari bahagian selatan China seperti Indo-China, pantai timur China selatan (Champa dan Kampuchea) dan di Burma. Mereka ini telah berhijrah secara berkelompok-kelompok dari selatan China ke Nusantara.
   v  Melayu-Proto
§                             Kelompok pertama sampai ke Nusantara.
§     Menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM.

   v  Melayu-Deutro
§                               kelompok kedua sampai ke Nusantara.
§                              Telah sampai pada tahun 1500 SM.
§                               Mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu-Proto.

2  Kawasan Nusantara 
…orang Melayu memang berasal dari Nusantara, dengan berdasarkan bukti geografi.
§           bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia.

§          beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia.
§          kajian arkeologi yang dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah.





Asal Usul Bangsa Melayu
    
   Ø  Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
   Ø  Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
   Ø  Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). 
   Ø  Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di       Sumatera.
   Ø  Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro.
   Ø  Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 SM.  
   Ø  Keturunannya orang Melayu di Malaysia.
   Ø  Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
   Ø  Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. 
   Ø  Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
   Ø  Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
   Ø  Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
   Ø  Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Tafsiran Melayu mengikut pengertian ras merangkumi penduduk Seluruh Nusantara. Berdasarkan kajian Geldern dan Kern,kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara ke selatan. Mereka berasal daripada satu kelompok bangsa kemudian tersebar ke seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada suatu rumpun bangsa yang besar dan berkaitan.

Asal Usul Bangsa Melayu

Menurut beberapa sumber, Melayu itu berasal daripada Melayu Proto dan Deutro. hal ini berdasarkan catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976). dalam A History of Malaysia and Singapore, yang dikatakan sebagai Melayu Proto ialah Melayu Asli ataupun Melayu Purba yang berhijrah daripada Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Melayu pada sekitar tahun 2500 sebelum masihi. Mereka dikatakan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.

Manakala Melayu Deutero pula, menurut Alan Collins (2003). Security and Southeast Asia: domestic, regional, and global issues, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, Orang Melayu terdahulu telah kemudian diganti oleh Melayu Deutro dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 Sebelum Masihi.

Jikalau kita ingin berkata mengenai asal-usul orang Melayu, ia cukup luas kerana wujudnya pelbagai jenis bangsa Melayu di Malaysia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006 bertajuk Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia.

Kajian mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.

Dikatakan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:

Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan

Melayu Yunan di Terengganu

Melayu Minang di Negeri Sembilan

Melayu Aceh di Perak

Melayu Mandailing di Perak

Melayu Rawa di Perak

Melayu Riau di Johor

Melayu Bugis di Johor

Melayu Kerinci di Selangor

Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan

Melayu Jawa di Johor dan Selangor

Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak

Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang

Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak


Sumber rujukan:
Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Anwar Din (2007). Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi. Penerbit Univertsiti Kebangsaan Malaysia.
Ismail Noor dan Muhammad Azaham (2000). Takkan Melayu Hilang di Dunia. Selangor: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd



Tiada ulasan:

Catat Ulasan