_SeUnTai KaTa_

Isnin, 29 April 2013

KETOKOHAN RAJA ALI HAJI


Bibiografi Raja Ali Haji
Nama penuh   : Tengku Haji Ali al-Haj bin Tengku Haji Ahmad bin Raja Haji Asy-Syahidu fi Sabillah bin Upu Daeng Celak.
Nama gelaran : Raja Ali Haji.
Tempat lahir    : Pulau Penyengat Indera Sakti yang ketika itu menjadi pusat pemerintahan Riau-Lingga-Johor dan Pahang.
Nama ibu        : Hamidah binti Panglima Malik.
Tarikh lahir      : tercatat pada 1809.
Keturunan        : Bangsawan dari keSultanan Riau-Lingga.
Pekerjaan     : ulama, ahli sejarawan, pujanggan Melayu-Bugis dan pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu. 


KARYA-KARYA RAJA ALI HAJI

 Raja Ali Haji meninggalkan beberapa banyak karya yang terkenal dan menjadi kajian intelektual baik peringkat alam Melayu mahupun peringkat antarabangsa, iaitu :

{  Gurindam Dua Belas (1846M)
{  Bustanul-Katibin Lissubyanil-Muta’alimi (1267H/1850M)
{   Kitab Pengetahuan Bahasa (1865M)
{   Salasilah Melayu dan Bugis (1860M)
{  Tuhfat al-Nafis (1865M)
{  Thamarat al-Muhimmat Li Jafahli al umara Wal Kubara Li Ahli al Mahkamah
{  Syair Nikah
{   Syair Gemala Mustika
{  Syair Abdul Muluk
{  Jauharat Makmunah.
{   Syair Suluh Pegawai dan lain-lain.


Bustanul-Katibin :

|  buku kenahuan atau tatabahasa Arab.
|  Dikarang pada 20 Syaaban 1273 bersamaan 15 April 1857.
|  Diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda oleh Van Ronkel pada tahun 1901.
|   Mengandungi mukadimah (pendahuluan), 31 fasal dan khatimah (penutup)
|   70 halaman.
|  isinya pula boleh dibahagikan  kepada dua bahagian.
|  Satu bahagian tentangpenulisan Melayu nahu Bahasa Arab yang telah diMelayu.


Raja Ali Haji pernah mengarang sejumlah gurindam yang sangat terkenal dalam lapangan sastera lama iaitu Gurindam Dua Belas yang dihasilkan oleh beliau pada tahun 1847M. Gurindam ini diciptanya dalam dua belas fasal; ada fasal yang bersangkutan dengan soal–soal ibadat perseorangan, kewajipan raja-raja dan sifat-sifat bermasyarakat.

Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji juga ada memerihalkan perkara yang berkaitan dengan tugas orang tua terhadap anak-anak mereka, kewajipan anak kepada orang tua dan lain-lain lagi. Gurindam-gurindam ini pernah disiarkan dalam jurnal berbahasa Belanda iaitu Tijdschrift Voor Indische Taal Land-en Volkenkunde No.2, pada tahun 1853 dengan judul De Twalf Spreukgedichten.

                                    
                                              gurindam dua belas hasil gubahan Raja Ali Haji

Dalam bidang sejarah, terdapat dua buah karya Raja Ali Haji yang penting iaitu Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dan Tuhfat al-Nafis. Kitab Salasilah Melayu dan Bugis telah dihasilkan pada tahun 1860, sementara kitab Tuhfat al-Nafis pula dihasilkan pada tahun 1865. Kedua-dua karya ini membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan raja-raja Bugis, asal usul mereka dan pergolakan politik yang mereka alami sehingga menyebabkan mereka tersingkir daripada kuasa diraja tradisonal dari kepulauan Riau. Tuhfat al-Nafis pula merupakan sebuah hasil sejarah Melayu yang penting. Karya sejarah ini memperlihatkan betapa besarnya Raja Ali Haji sebagai seorang ahli sejarah dan pencatat peristiwa zamannya. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, kandungannya memperkatakan hal-hal yang berlaku sebelum zamannya yang merangkumi lapan puluh peratus daripada kandungannya. Sementara bahagian kedua, memperkatakan sejarah yang berlaku ketika hayatnya.

Jauharatul Maknunah, dinamakan juga Siti Shiyanah Shahibul Futuwah wal Amanah ditulis dalam bentuk syair. Kandungannya mengenai pelajaran fiqh, atau pelajaran agama Islam, yang digubah dalam bentuk puisi. Jauharatul Maknunah diterbitkan oleh Matba’ah Al-Ahmadiah, 50 Minto Road, Singapura, pada 7 Muharam 1342H. Jauharatul Maknunah ditashih oleh Raja Haji Abdullah bin Raja Haji Hasan Riau, diterbitkan atas usaha Raja Haji Ali bin Raja Haji Muhammad Riau, Mudir Matba’ah Al-Ahmadiah yang ada hubungan keturunan kekeluargaan dekat dengan pengarangnya, Raja Ali Haji.


Sumbangan Dan Peranan Raja Ali Haji


Sesungguhnya karya-karya tentang bahasa Melayu oleh Raja Ali Haji ini merupakan warisan yang amat berharga yang menjadi penyambung kepada tradisi pengajian bahasa dan Islam yang bermula sejak zaman awal Islam lagi. Dalam Islam, pengajian Bahasa khususnya bahasa Arab dan bahasa penganut Islam yang lain, merupakan ilmu alat untuk mencapai makrifat, iaitu mengenali Allah dan seluruh kewujudan, memperteguh keimanan dan ketakwaan, dan menyamai adab sopan yang mulia, yang mengandungi antara lain ilmu-ilmu nahu (sintaksis), saraf (morfologi), qawa’id (tatabahasa), mantiq (logik), balaghah (retorik), kalam (penghujahan) dan sebagainya. Di sinilah letaknya keistimewaan tokoh Raja Ali Haji dalam tradisi persuratan Melayu, yang bukan sahaja ilmuwan Melayu yang pertama menulis tentang pengajian bahasa Melayu, tetapi juga telah meletakkan asas pengajian bahasa Melayu pada tempat yang sebenar, iaitu sebagai ilmu alat untuk memperoleh ilmu yang benar yang akan membawa kepada keyakinan dan ketakwaan. 




Gurindam 12 nyanyian Roslan Madu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan