KONSEP KARYA AGUNG MELAYU
Di barat, Great Work atau
karya Agung selalu dianggap sebagai karya yang bersifat “klasik”. Istilah ini
merujuk kepada karya yang tertulis pada zaman purba kala yang telah
meninggalkan kesan yang cukup berpengaruh kepada zaman-zaman berikutnya. Konsep
ini menganggap bahawa karya lisan tidak termasuk dalam kategori karya klasik
iaitu karya lisan yang dianggap sebagai folk
literature, yakni sastera zaman pratulisan. Setiap bangsa bertamadun
mempunyai karya agung tersendiri. Dalam semua tradisi bangsa dan agama, karya
agung merupakan “representatif” pada
kehebatan sesuatu tradisi. Dalam tradisi Islam misalnya, ada Ihya’ Ulumudin; tradisi Hindu dengan Bhagavaddita;
dan tradisi Kristian dengan Summa Teologica. Rakyat Amerika Syarikat
tentunya cukup taksub dengan karya-karya besar dari Ernest Hemingay seperti Old
Man and The Sea. Dalam tradisi
bangsa pula, bangsa Farsi memiliki Shahnameh dan bangsa Eropah pula menjulang-julang
karya-karya William Shakespeare seperti Mactbeh. Dengan kata lain, sememangnya
wujud karya-karya agung yang mewakili zaman setiap tradisi agama dan bangsa.
Karya-karya agung sudah
pasti merupakan karya yang berpengaruh yang sekurang-kurangnya membuat orang
berhenti dan berfikir tentang diri mereka, tentang lingkungannya dan alam
kehidupan keseluruhannya. Karya-karya agung ialah karya yang mengusik
ketenangan dan menyedarkan kita. Lebih penting lagi, karya agung mengajak kita
untuk mengenal dan memahami tradisi atau tamadun bangsa yang dipancarkan
melalui karya agung itu. Dalam konteks tradisi bangsa, sudah ada usaha untuk
memartabatkan karya-karya agung Melayu melalui Yayasan Karyawan yang diterajui
oleh Dr. Hassan Ahmad. Dalam buku Pengenalan Konsep dan Gagasan karya Agung
Yayasan Karyawan (2005) yang mengutarakan pembahasan dan pengertian tentang
karya agung Melayu dengan mentakrifkan bahawa karya agung Melayu ialah karya
yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran yang luar biasa
dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa.
Karya itu dianggap sebagai
warisan bangsa dalam erti kata lain ia mewakili minda dan pengalaman bersama
(kolektif) bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang dipancarkan dalam sistem
kepercayaan, falsafah hidup, tradisi atau konsep ilmu, adat, bahasa, seni dan
pekerti, budaya dan sosial yang membentuk citra atau identiti ketamadunan
bangsa itu. Takrif inilah yang memberi makna karya agung Melayu. Dengan kata
lain, unsur mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusian semestinya hadir dalam
karya agung Melayu. Dengan latar pemahaman ini, Yayasan Karyawan mentakrifkan
bahawa karya agung Melayu ialah karya yang tertulis dalam bahasa Melayu atau
yang diungkapkan atau dilisankan dalam bahasa Melayu, tidak kira di mana daerah
asalnya di Dunia Melayu ini; dan karyanya mampu dicetuskan dalam bentuk dan
gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan serta
mengandungi falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-temurun.
Karya itu dianggap sebagai
warisan bangsa dalam erti kata lain ia mewakili minda dan pengalaman bersama
(kolektif) bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang dipancarkan dalam sistem
kepercayaan, falsafah hidup, tradisi atau konsep ilmu, adat, bahasa, seni dan
pekerti, budaya dan sosial yang membentuk citra atau identiti ketamadunan
bangsa itu. Takrif inilah yang memberi makna karya agung Melayu. Dengan kata
lain, unsur mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusian semestinya hadir dalam
karya agung Melayu.
Dengan latar pemahaman
ini, Yayasan Karyawan mentakrifkan karya agung Melayu ialah karya yang tertulis
dalam bahasa Melayu atau yang diungkapkan atau dilisankan dalam bahasa Melayu,
tidak kira di mana daerah asalnya di Dunia Melayu ini; dan yang mampu
mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran,
sistem nilai dan kepercayaan. Falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu
turun-temurun. Pendek kata, karya agung Melayu merupakan warisan budaya
kesusasteraan bangsa Melayu. Karya agung Melayu tradisional merupakan penentuan
karya agung Melayu yang dianggap sebagai hasil kreativiti seni persuratan dan
penceritaan dan sebagai pembentuk tradisi bangsa sehingga memberi kesedaran
kebangsaan bangsa Melayu sepanjang zaman.
Karya agung dunia melayu dimaksudkan kepada karya
agung di kawasan Dunia Melayu yang terdapat dalam bahasa-bahasa serumpun atau
bahasa-bahasa Malayo-Polinesia yang lain. Terdapat banyak karya dalam
bahasa-bahasa lain yang diiktiraf dalam bangsa berkenaan sebagai karya agung,
antaranyaNagarakertagama atau Serat Centhini yang ditulis dalam bahasa Jawa,
atau I la Galigo yang ditulis dalam bahasa Bugis. Karya-karya yang seperti ini
jika sesuai dengan takrif Yayasan, boleh diterima sebagai Karya Agung Dunia
Melayu dan bolehlah dimasukkan ke dalam rancangan Yayasaan untuk dikaji,
diperkenalkan dan diterbitkan dalam bahasa Melayu melalui terjemahan.
Pendek kata, karya agung
Melayu merupakan warisan budaya kesusasteraan bangsa Melayu. Karya agung Melayu
tradisional merupakan penentuan karya agung Melayu yang dianggap sebagai hasil
kreativiti seni persuratan dan penceritaan dan sebagai pembentuk tradisi bangsa
sehingga memberi kesedaran kebangsaan bangsa Melayu sepanjang zaman.
rujukan:
Hassan Ahmad. (ketua Ed.), (2005).
Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung
Yayasan karyawan. Kuala Lumpur: Yayasan
karyawan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan